Wednesday, May 8, 2013

Jangkitan Kuman Dalam Darah (SEPSIS)

Beberapa bulan lepas, aq mengalami demam yg berpanjangan, aq berasa hairan kerana selalunya demam ini akan berlarutan dalam masa beberapa hari sahaja, jadi aq mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Jadi aq pergi ke pusat kesihatan uitm shah alam kerana berdekatan dengan studio aq, Percuma lagi tu...

Selepas menjalani pemeriksaan, dr. mengesahkan aq didapati mengalami jangkitan dalam darah, aq memikirkan ini adalah perkara biasa, mungkin kerana tersalah makan, tidak akan membawa kesan yang teruk pada aku.

Pada satu hari, aq di kejutkan dengan berita mengenai kematian seorg junior aku, aq pun bertanya kepada rakan sekelas mereka, dan mereka berkata, dia (syukri) di jangkiti kuman dalam darah.. dan kuman tersebut merebak ke jangtung, dan jangtung beliau tidak dapat berfungsi dengan baik. Tapi ape kan daya mungkin ajal dia telah pun sampai bukan. beliau mengidap jangkitan kuman ini dalam tempoh yang singkat, hanya seminggu sahaja...dan aq bersyukur kerana sehingga ke hari ini aq masih diberi peluang untuk menghirup udara segar. Aq menulis coretan ini kerana aq sekali lagi mengalami demam dan ia mengigatkan aq pada kisah yang pernah aku lalui pada beberapa bulan yang lalu. Kerana baru aku sedari bahawa penyakit ini boleh membawa kepada kematian dan ia mengejutkan aku tetika itu.

Setelah aku mengetahui mengenai berita kematian syukri itu, aku seperti tidak percaya dan aq membuat beberapa rujukan dan carian bahan di internet ( google ) dan aku menemui perkara ini...Jangkitan Kuman Dalam Darah atau dikenali sebagai SEPSIS ???

Jangkitan Kuman Dalam Darah atau dikenali sebagai SEPSIS merupakan Pembunuh Senyap Ke-10 di seluruh dunia. Kebelakangan ini banyak kes kematian mengejut yang kita dengar dikalangan sahabat, keluarga ataupun masyarakat sekeliling. Contoh yang diketahui umum adalah kematian Izwan Pilus, penyanyi tanah air kita.

SEPSIS
Sepsis ditakrifkan sebagai kehadhiran/kebanjiran organisma patogenik atau toksin dalam darah atau tisu-tisu lain. Ia dicirikan oleh tindak balas keradangan sistemik yang boleh maju ke disfungsi sistem peredaran darah, kegagalan pelbagai organ, dan kematian. Malah, sepsis adalah punca utama kematian yang ke-10 di seluruh dunia. Di hospital-hospital, Sepsis menyumbang 40% daripada jumlah kos ICU. Kos kesihatan hospital di seluruh dunia yang dikaitkan dengan sepsis adalah dianggarkan USD$16.7bilion.

Punca dan risiko

Sepsis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang boleh bermula di mana-mana di dalam badan. Tempat-tempat yang biasa di mana jangkitan mungkin bermula termasuk:
  • Usus (biasanya dilihat dengan peritonitis)
  • Buah pinggang (jangkitan pada bahagian atas saluran kencing atau pyelonephritis)
  • Lapisan otak (meningitis)
  • Hati atau pundi hempedu
  • Paru-paru (pneumonia bakteria)
  • Kulit (cellulitis)
  • Bagi kanak-kanak, sepsis boleh disertakan dengan jangkitan tulang (osteomielitis).
  • Dalam pesakit yang dimasukkan ke hospital, jangkitan biasa bermula dari talian intravena, luka pembedahan, surgical drains, dan kerosakan kulit yang dikenali sebagai bedsores (ulser decubitus).


Simptom (Tanda-tanda)

Bila mendapat Sepsis tekanan darah menurun, seterusnya menyebabkan kejutan. Organ-organ utama dan sistem badan, termasuk buah pinggang, hati, paru-paru, dan sistem saraf pusat, berhenti berfungsi dengan betul. Perubahan dalam status mental dan hyperventilation mungkin tanda-tanda awal sepsis.

Secara umum, simptom sepsis termasuklah:

  • Rasa sejuk
  • Kekeliruan atau kecelaruan
  • Air kencing yang keluar berkurangan bila membuang air kencing.
  • Demam atau suhu badan yang rendah (hipotermia)
  • Hyperventilation (keadaan tercungap-cungap)
  • Pening akibat tekanan darah rendah
  • Denyutan jantung yang cepat
  • Menggigil
  • Ruam kulit
  • Kulit hangat (warm)

Tanda-tanda dan ujian

Jangkitan ini selalunya disahkan oleh ujian darah. Walau bagaimanapun, ujian darah mungkin tidak mendedahkan jangkitan pada orang yang telah menerima antibiotik.

Ujian-ujian lain yang boleh dilakukan termasuk:


  • Gas darah
  • Ujian fungsi buah pinggang
  • Kiraan platelet
  • Kiraan sel darah putih
  • Perbezaan darah (Blood differential)
  • Produk fibrin degradasi (komponen-komponen darah yang dihasilkan oleh degenerasi pembekuan darah)

Rawatan

Jika anda mempunyai sepsis, anda akan dimasukkan ke hospital, biasanya unit rawatan rapi (ICU). Antibiotik akan diberi melalui vena (intravena). Oksigen, cecair yang diberikan melalui vena dan ubat-ubatan yang meningkatkan tekanan darah mungkin diperlukan. Dialisis mungkin perlu jika terdapat kegagalan buah pinggang. Sebuah mesin pernafasan (pengudaraan mekanikal) adalah perlu jika terdapat kegagalan paru-paru. Bagi sesetengah pesakit, rawatan dengan ubat-ubatan anti-radang yang kuat yang dikenali sebagai kortikosteroid atau recombinant human protein C yang diaktifkan boleh membantu.

Jangkaan (prognosis)

Sepsis sering mengancam nyawa, terutama di kalangan mereka dengan sistem imun yang lemah atau dengan penyakit kronik.

Komplikasi

  • Penyebaran penggumpalan intravaskular (adalah satu penyakit yang serius di mana protein yang mengawal pembekuan darah menjadi luar biasa aktif.)
  • Masalah dengan aliran darah ke organ-organ penting (otak, jantung, buah pinggang)
  • Kejutan septik (satu keadaan teruk yang menghalang oksigen dari memasuki darah)
  • Kematian

Pencegahan

Risiko sepsis boleh dikurangkan, terutama di kalangan kanak-kanak, dengan mengikuti jadual imunisasi yang disyorkan. Ikuti prosedur mencuci tangan dengan berhati-hati dan penjagaan (care) peralatan perubatan dapat membantu mencegah jangkitan yang berkaitan dengan hospital yang membawa kepada sepsis.

11 comments:

  1. nak tanye, awak buat ape je mase awak thu awak dapat sakit tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak juga pengidap penyakit ini ke??

      Delete
    2. Akhir nya mcm mna awak leh baik..share pls..

      Delete
    3. Akhir nya mcm mna awak leh baik..share pls..

      Delete
  2. sya di beri thu yang sya baru sya kena jngkitan kuman dalam darah..
    dulu sya selalu ulser
    klu boleh sebulan/2 bulan 1
    tp baru2 ni da 4 skli
    sya xthu pa punca nya
    doktor hnya ckp
    abis kan antibiotik
    klu x lagi teruk
    lagi susah

    ReplyDelete
  3. Habis sekrang still makan ubat ? Or dah tak ambil ubat apa2 dah ?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sye dah seminggu sakit perut....td pg sye g klinik cek air kencing doktor kta negative 3...dokto kta dlm bdan kuman dlm darah...lpastu bole ada ulser nnt..lg stu bole jd batu krangg..yg sye takut kuman dlm darah....

    ReplyDelete
  6. Saya kne penyakit ni la..Doktor cucuk ubat antibiotic pertama saya muntah..bagi antibiotics biji bila makan bengkak badan..dlm wad nurse cakap biasa la effect ubat..dh keluar wad search Google dpt ubat traditional..sup ketam dgn yakult..mula ambik tiap hari..sekrg dh 3 hari sekali..elok jee badan bertenaga..antibiotic tu tak makan dh

    ReplyDelete
  7. baik tambah antibiotik semulajadi skali

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Jom viralkan berita baik ni 📢

    1) Ni tentang hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 ambik penawar yang harga berpatutan tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.Sebelum tu nak pesan,jangan abaikan temujanji doktor kalau ada.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan asbab penawar ni yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil. Walaupon bahan semulajadi tapi amat berkesan sambil merawat bukan sekadar melegakan untuk sementara waktu.

    3)Saya rasa xlengkap kalau saya explain satu persatu setiap jenis ubat ni.Lebih baik tanya sendiri pengasasnya sebab tiap penyakit ade ubt yang khusus. Baik bertanya sendiri pada pengasasnya dan beritahu anda sakit apa.Dia akan explain semuanya. Dia pon byk berdepan dgn pesakit knser sdri.

    4) Selain kanser pon blh jugak cuba dan dah terbukti pon dengan testimoni. Contohnya
    *-Denggi, Kencing Tikus, Batu Karang, Gastrik, Gout , Asthma*Kerosakan paru2 akibat merokok,Paru2 berair,kerosakan hati dan hepatitis,Saraf,buah pinggang rosak (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.
    memperlahankn pertumbuhan penyakit)

    5) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan rawatan alternatif ini , contohnya
    kencing manis seperti *kaki berlubang dan bernanah

    Ini perkongsian dari pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die dh 3thn.

    Sy nak share ubat ni pd org lain jugak, tiada penyakit yang tiada ubat selain daripada mati, cubalah sebab setiap penyakit ada harapan sembuh.Kelemahan hati + putus asa akan lebih memudarat kan penyakit.TAPI JANGAN ABAIKAN APOINTMENT DOKTOR kalau ada.

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn ubatan dia,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser,pengasas ada dalam group tu jugak, boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl,contohnye:
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dia dh sembuh walaupon doktor bgtau dia boleh hidup 1tahun je lagi.
    Dia mengarang sebuah buku berkenaan pengalaman sendiri melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg dah sembuh dr kanser jus ni diambil selari dgn rawatan hospital.Apoinment x miss
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak macam pesakit kanser tahap 4, sebab selalu nampak cergas.Asbab jus yang beri tenaga dan merawat.Dia minum jus ni dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ni,sekarang dah sembuh sepenuh nye. sel kanser dah tak ada.
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- dah sembuh .
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- Dah dapat kesan positif ,makin pulih.
    ~~~~~~~~

    ▪Puan Nor Sabariah
    - Ada asthma sejak 11tahun dulu
    -Selalu jatuh sakit sebab sesak nafas dan semput ,adakalanya kalau semput sampai tak mampu berdiri dan kena merangkak untuk bergerak
    -Sering bergantung pada inhaler setiap pagi
    -Setiap kali batuk teruk akan sesak nafas dan akan ke klinik untuk sedut gas
    -Lepas minum jus herba, dia xsemput lagi bila batuk. Dah xpergi klinik lagi sedut gas, setiap waktu pagi xperlu guna inhaler macam dulu.
    ~~~~~~~~
    9) Pesakit yang dah sembuh dari kanser menjalani kimo dan wajib minum jus kalau tak nanti effect dari kimo sangat ketara lemah nya jika tak ambil langsung.

    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa. Ia boleh diambil sebagai suplement.

    Call order wasap@call
    En mohd zuhairi 0174687570
    0174687570

    #sharing is caring


    ReplyDelete